Hadirnya Dirimu Membawa 1001 Harapan Buat Diriku...Selamat DAtang..

Ingat Senang Ke Jadi Cikgu...

Sape kata jadi cikgu SENANG?
Bila korang jadi cikgu..Baru korang tau susahnye jadi cikgu..

time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
time budak pecah kepala.. cikgu jd DOKTOR..
time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
time persembahan hari guru.. cikgu jd PENYANYI..
time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
time budak muntah dlm kelas.. cikgu jd TUKANG SAPU..
time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
time perkhemahan.. cikgu jd MASTERCHEF..
time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK SARKIS..
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!

Pengorbanan Seorang Insan Yang Bergelar Adik


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.
Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat 
pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!"aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu
minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. 
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda
kampung tunggu kau kat luar!" 
"Pemuda kampung?" bisikku.
 "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. 
Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" 
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. 
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." 
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." 
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." 
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." 
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." 
Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. 
Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. 
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." 
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. 
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. 
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, 
"Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. 
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya 
sampai bila-bila." 
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!

PANDUAN ELAK DIRI DARI SIHIR...



1) Al-Fatihah.


2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari....

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :
"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam ( ayat no 285 dan 286 )

6) Membaca zikir :
"La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"
SELAMAT BERAMAL.....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!

Bila Behadapan Ngan Orang Yang Dicintai......

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira....

Di hadapan orang yang kita cinta, musim 
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.....


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang 
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.....

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi 
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.....

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk 
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.....

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita 
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.....

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan 
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.....

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita.....

Tapi jika cuba menutup mata cinta berubah menjadi airmata...
Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.... 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!

Kisah seorang Guru Tadika









Pada suatu pagi yang indah, Cikgu Mas ingin megajar semua murid-muridnya matapelajaran matematik....Ikuti perbualan antara Cikgu Mas dan murid-muridnya....

Cikgu Mas : Assalamualaikum dan selamat sejahtera murid-murid.
Murid-murid : Waalaikumussalam wbt, selamat sejahtera cikgu.
Cikgu Mas : Okey murid-murid, hari ni kita akan belajar matematik.
Murid-murid : Baik, cikgu.
Cikgu Mas : Jika ibu kamu memberi kamu 2 biji gula-gula dan ditambah lagi dengan 3 biji gula-gula, apa jawabnya murid-murid?
Murid-murid : Terima kasih, ibu.
Cikgu Mas : =,="


Pengajaran : Apabila ingin bertanya kepada murid-murid seharusnya bertanya dengan bahasa yang tafsirkan oleh murid-murid tersebut dan sebelum memulakan pengajaran seharusnya memberi penerangan yang umum kepada mereka tentang matematik...
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!

Hadiah Yang Istimewa

















Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah 'doa' .....
Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah 'kemaafan' ....
Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah 'kejayaan'....
Hadiah terbaik untuk murid adalah 'tauladan' ....
Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah 'kasih sayang' ....
Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah 'al-Fatihah' ....
Hadiah terbaik untuk ibubapa adalah 'kebaktian' .....
Hadiah terbaik untuk isteri adalah 'penghargaan' ....
Hadiah terbaik untuk suami adalah 'kesetiaan' .....
Hadiah terbaik untuk anak adalah 'pendidikan' ....
Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah 'kejujuran' ....
Hadiah terbaik untuk Rasulullah s.a.w. adalah 'selawat'.....
Hadiah terbaik untuk Allah s.w.t. adalah 'ketaqwaan'...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!

Wasiat Terakhir Seorang Ibu

Bicara seorang ibu dengan anak lelakinya, Shamin......
Ibu       : Nak, ibu rasa ibu da xkuat lagi, ibu nak minta kamu sambung mengusahakan kebun ibu.
Shamin : Jangan cakap macam tu bu.(dlm hati xsia2 aku balik kg, dapat jgk harta pusaka dia)
Ibu       : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik dan jangan lupa siram setiap hari. Kambing, lembu, ayam, itik jangan lupa bagi makan. Tanaman tu, bila da ada hasil kamu jgn lupa pulak untuk tuai. Kalau layu. rugi nanti.
Shamin : Baik ibu. Ibu jangan la bimbang tentang hal tu. Tapi di mana kebun ibu??? Saya tak pernah tahu pun. (pelik)
Ibu       : Hari-hari ibu melawat kebun ibu.Nanti ibu bagi kamu pasword facebook ibu...Kamu bukak farmville....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!