Haaaaa cuti sekolah dah bermula.....jeng jeng jeng...mesti korang dapat banyak jemputan perkahwinan...
yela sekarang kan cuti sekolah mesti ramai yang akan melangsungkan perkahwinan time cuti sekolah..
Okay.......title entry Qaseh kali ni ialah tentang tazkirah perkahwinan
khas buat pasangan yang akan mendirikan masjid dan sudah mendirikan masjid..... :)
sekadar renungan bersama je..... :)
Pernikahan Menyingkap Tabir Rahsia....
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah...
Tidaklah setaqwa Aisyah...
Dan tidak juga setabah Fatimah....
Isteri kamu hanyalah Qanita Akhir Zaman...
Yang punya cita-cita menjadi isteri yang solehah...
Pernikahan dan perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama...
Menginsafkan kita tentang perlunya IMAN dan TAQWA
dalam belajar meniti sabar dan redha...
Kerana isteri kamu tidaklah sehebat mana....
Kamu juga akan tersentak dari alpa...
kerana
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W...
pun bukanlah Ali Karamallah Wajhah...
Kamu cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh......
Renungan buat insan yang akan/sudah bergelar suami.....
Sesungguhnya Hawa diciptakan daripada rusuk ADam...
bukan dari kepalanya untuk dijunjung
dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas...
tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya
dekat dengan lengannya untuk dilindungi
dan juga dekat dengan hatinya untuk DICINTAI DAN DIKASIHI....
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Qaseh Kali Ni.....Kalau Suka LIKE La.....!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan